Hari ini 28 hb Oktober adalah hari appointment Abg Z di SOPD (Surgeon Out Patient Department - Pembedahan Am). Doktor Fatimah yang kami jumpa adalah doktor pakar perut (Gastroenterologi). Setelah dimaklumkan kepada doktor mengenai berat badan Abg Z yang terlalu banyak turun kerana tak lalu makan, beliau mencadangkan agar diadakan kolonoskopi (colonoscopy). Mengikut katanya, endoscopy yang telah dibuat 2 kali sebelum ini tidak menunjukkan ada penyakit lain (ulser/cencer usus). Bagi pesakit biasa yang mengalami sintom tidak lalu makan seperti abg Z biasanya akan ada tanda-tanda kanser usus. Tetapi menurut doktor sekiranya pesakit (spt Abg Z) tidak mengalami masalah tidak lalu makan sebelum diserang stroke, biasanya pesakit tidak akan ada kanser. Tetapi untuk membuat kepastian satu kolonoskopi perlu dilakukan.
Kolonoskopi akan diadakan pada 14hb November depan. Sebelum dilakukan kolonoskopi, satu proses pembersihan usus perlu dilakukan pada 13hb. Proses itu dilakukan dirumah dengan memakan ubat Fleet Phosphor-Soda. Pembuangan air besar akan berlaku selepas 1-2 jam ubat tersebut dimakan (tak tidur malam lah menguruskan IWK - akan berlaku cirit birit).
Selepas berjumpa doktor, kami ke Jabatan Farmasi untuk mengambil ubat. Saya dimaklumkan oleh doktor, ubat yang abg Z dapat berharga RM10 sebiji dan kami dibekalkan sebanyak 60 tablet, bermakna ubat tu je RM600. Nama ubatnya CONTROLOC 40mg - ubat untuk usus/gastrik. Selain ubat tu, saya minta juga ubat/pam yang digunakan untuk merangsangkan berak - APP Enema (for constipation). Abg Z juga diberi Vitamin B Complex yang bertujuan untuk menaikkan nafsu makan. (Bayangkan berapa harga jika rawatan ini dibuat di Hospital Swasta)
Sekian maklumat terkini perubatan Abg Z.
Rafidah menulis.
*** kepada teman2 pembaca blog, apa pendapat anda sekiranya ada cadangan dari pihak tertentu supaya saya berjumpa pakar perut dari sebuah Hospital Swasta lain (yg kosnya tentu tinggi). Perlukah saya mencuba? Atau yakin dgn perubatan pakar yang sedia ada di Hospital Serdang? sms pendapat anda kepada saya. Terima kasih.
1 comment:
gempak ah
Post a Comment