Sunday, October 26, 2008

Curahan Hati

Salam,
Amat payah untuk diucapkan. Bila abg Z sakit, memang tak dinafikan ramai yang perihatin. Bantuan demi bantuan diterima. Tapi ada juga yang hanya bercakap pandai tapi tak ada tindakan atau pertolongan dihulur sebaliknya memberi tekanan kepada saya sendiri. Kalau lah seribu cadangan diberikan untuk berubat, perlukah saya memilih seribu doktor atau tabib atau ustaz atau sing seh yang dicadangkan?? Papatah menyatakan, ukur baju di badan sendiri (atau tengok poket)... Kalau dah melibatkan pakar yang terbaik sekali pun, ukuran baju sempit, payah jugak lah...

Bukan tak ada usaha dibuat. Saya buat yang termampu. Memang benar semua penyakit ada ubatnya. Sejak dari hari pertama abg Z sakit, bukan sedikit usaha saya untuk memulihkan abg Z. Itu lah masalahnya kalau tak mengikuti perkembangan semasa. Blog ditulis untuk memaklumkan apa yang telah dibuat. Zaman IT... tapi ada juga yang berpelajaran tinggi dan berpangkat serta dikenali yang buta IT. Apa yang saya usahakan dipaparkan semuanya. Tapi ada jugak yang tergamak datang spot check di rumah samada abg Z diuruskan atau tidak.. Abg Z tak makan bukan kerana saya tak nak bagi makan... kalau tak percaya datanglah buat UJIAN SUAP.

Kepada sesiapa yang makan cili dan terasa pedasnya, bayangkan anda berada di tempat saya. Menguruskan suami yang sakit, bekerja dan menguruskan rumah dan anak-anak.. sanggupkah anda sendiri melakukannya???? Usah dikira bertong air mata mengalir. Tetapi terpaksa harungi dengan penuh ketabahan. Saya buat yang terbaik dan termampu. Jika rasa tak puas hati, datanglah... bersama-sama jaga abg Z. Mandikan dia, uruskan IWK dia, tadah muntahnya, urut dia, bawa dia ke Hospital setiap kali ada appointment, temankan tidur malamnya...

Hanya saya, Abg Z dan anak-anak sahaja tahu betapa berbezanya kehidupan ini setelah kami diduga oleh Allah. Di sebalik apa yang terjadi, hanya saya dan Allah sahaja mengetahuinya. Jangan mudah menuding jari. Jangan tanya apa yang saya buat kepada abg Z... tetapi tanya lah apa yang anda telah buat untuk Abg Z. Setakat berkata-kata dan mencadangkan itu dan ini tanpa tindakan.... baik berdiam diri. Jangan menyakitkan hati orang lain. Cukuplah apa yang telah saya alami sekarang. Jangan ditambah stress.

Maaf kalau tersinggung. Terima kasih kepada yang menyokong saya.

1.52am 27 Okt 2008

No comments: