Assalamualaikum semua..
Hari Raya Korban/ Haji semakin hampir. Nampak gayanya kami beraya di Taman Kantan Permai Kajang je laaa... Nak balik Kedah pun alang-alang je sebab 15hb Dis dah nak pindah. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Kajang agak menyedihkan.. Makumlah dah terlalu lama kami di Negeri Selangor ni. Sejak berkahwin pada 15 Dis 1991 sehinggalah ke hari ini. Di Kajang je sejak tahun 1994. Terlalu banyak kenangan di sini. Suka..duka..
Oh yee... kalau ada yang nak berhubung dengan kami sekeluarga, boleh lah menggunakan no telefon yang sedia ada. Insyallah tak tukar kot no tu. Tapi kalau nak e-mail, boleh je gunakan alamat e-mail saya : rafidah_kajang@yahoo.com
Buat teman-teman guru Prinsip Perakaunan Daerah Hulu Langat, saya masih boleh dihubungi walaupun berada jauh di Kedah. Sekiranya guru-guru ingin khidmat saya untuk bertanya skima jawapan, sukatan pelajaran, AssetBase atau apa-apa je..jangan segan-segan untuk telefon atau e-mail. Walaupun saya bukan Jurulatih Utama di Selangor lagi.. tapi khidmat saya kepada negeri Selangor masih berpanjangan. Mana tahu di Kedah nanti saya meneruskan khidmat Jurulatih Utama di sana pulak...
Kepada Cikgu Rosli dari Bandar Baru Bangi... terima kasih kerana membaca blog saya dan memahami situasi saya. Doakan agar saya terus tabah dan Abg Z akan kembali sihat. Memang betul kata Cikgu Rosli... saya di antara insan terpilih dan disayangi Allah kerana diuji sebegini. Ada hikmah yang menanti di penghujungnya samada di dunia atau di akhirat kelak. Saya redha dengan ujian ini, insyallah.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Semoga teman yang mengerjakan Haji di Mekkah mendapat haji yang Mabrur - Cikgu Norbaini kini di Mekkah.
Wassalam.
5 Disember 2008
8.20 malam
No comments:
Post a Comment