Nama Afidah dan Rafidah sedondon.
Assalamualaikum,
Sambutan Hari Raya Haji diraikan serba serdahana. Seawal jam 5.30 Abg Z dah bangun tidur. Saya dan Najib ke surau An-Nur untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji. Sempat berjumpa beberapa jiran setaman sebelum kami berpindah ke Kedah. Di rumah saya masak rendang ayam 2 ekor dan nasi himpit. Itu je yang termampu. Makan tengahari (nasi) juga disediakan untuk anak-anak.
Abg Z?? Sejak awal pagi sampailah ke petang keje Abg Z hanya telefon je. Agaknya semua nama yang ada dalam address book handfon dihubunginya. Itulah hobi baru Abg Z. Saya yang naik risau melihat tempoh perbualannya yang agak lama. Bill handfon Abg Z saya gunakan Family Plan - yakni saya yang kena bayar. Ada satu panggilan tu.. orang yang dihubunginya tak kenal pun Abg Z.. Rupa-rupanya kawan lama dia sewaktu di IKM Sg Petani. Wahhh patutlah orang tu tak kenal dia..lama sangat. Entah siapa yang bagi no telefon tu.
Abg Z pulak entah kenapa asyik cakap pasal business je. Nak tempah business card la... Lepas tu tanya saya bagaimana mengendalikan perniagaan dan membezakan Perbelanjaan dan Pendapatan, Keuntungan lah... belanja-belanja perniagaan la.... Nasib baik saya guru Akaun. Memang semua di hujung jari. Tak habis-habis soalannya pasal perniagaan.
Sementara tu Abg Azim dari Singapore datang lagi. Tapi kali ni kejap je. Abg Azim sering nasihatkan Abg Z supaya fikirkan masa depannya dan anak-anak yang memerlukan seorang ketua keluarga. Abg Azim berbuih nasihatkan Abz Z supaya selalu dan rajin2 exercise dan jangan asyik baring je (tapi abg Z memang tak mau bangun). Yang geramnya.. depan Abg Azim Abang Z pura-pura nak makan itu dan ini.... kononnya bagi Abg Azim nampak dia ada selera. Tapi saya dan anak-anak yang menjaganya tahu sangat keadaan Abg Z yang memang tak mau menjamah apa-apa pun walaupun dipaksa dan disuap ke mulut. Itulah manusia yang penuh kepura-puraan... hanya untuk memuaskan hati orang lain.
Persiapan untuk pindah juga saya lakukan sedikit demi sedikit. Banyak juga yang nak diuruskan. Petang tadi saya panggil Cina (dah biasa sebut cina) air cond untuk servis aircond dan tanggalkan air cond untuk dipasang di rumah Sg Petani. Esok atau lusa nak ke TMNet untuk putuskan talian telefon (sekaligus tak ada internet la).
Rumah kami dapat dijual dengan harga RM120K. Itu je harga paling tinggi dapat dijual. Ada teman saya yang tinggal setaman nak jual RM 135 K... sampai 3 tahun tak ada yang nak membeli. BAnk pula menilaikan rumah kami anggaran RM 110 K je... maknanya bank hanya menawarkan pinjaman setakat nilai semasa sahaja... Harap yang tak paham pasal jual rumah paham lah kenapa rumah kami hanya dapat dijual dengan 120K sahaja.
okee lah... dah tak tau nak cerita apa. Kalau tengok gambar Abg Z kat atas tu... doakan dia mau makan semula. Susu melalui tiub sahaja tak dapat menampung keperluan badannya.
Wassalam.
1.24 am 9 Disember 2008
No comments:
Post a Comment