3 Disember 2008
Assalamualaikum semua pembaca blog,
Hari kami berpindah semakin menghampiri. Zakwanlah di antara anak saya yang selalu menghitung hari ke 15hb. Nabila juga..menyuarakan rasa sedihnya akan meninggalkan teman-teman baiknya seperti Mira.. juga anak-anak jiran yang kecil-kecil yang sering bertandang bermain dengan Nabila - Firdaus, Maisarah dan Nazrin.
Saya??? Mana tak sedihnya meninggalkan tempat yang sudah lama serasi dalam jiwa saya. Jiran-jiran yang baik hati, penduduk kariah Taman Kantan Permai, Sekolah Men Keb Bandar Baru Sungai Long.. rakan-rakan guru.. terlalu ramai. Kepada mereka yang teristimewa bertakhta di hati saya... jangan lupakan saya. Juga teman-teman sekerja abg Z...
Ada ramai yang bertanya bagaimana keadaan Abg Z sekarang.
Untuk makluman semua, abg Z masih belum boleh berjalan. Berdiri pun tak boleh berdiri dengan sendiri tapi kalau dipegang dia boleh berdiri. Menapak?? Insyallah sikit-sikit boleh menapak. Tapi menapak dengan memegang bahu saya. Sering juga saya suruh abg Z berdiri dan memegang bahu saya dan minta dia menapak ke hadapan. Dapat 6-7 langkah pun dah kira baik. Tapi langkahnya perlahan dan tak kuat.
BERCAKAP?? Abg Z boleh bercakap dengan baik. Handfon pun pandai guna. Sayalah menjadi mangsa panggilannya. Dia akan bertanya ke mana saya pergi.. Kalau saya berada di sekolah (kerja).. asal balik lambat sikit dia akan call dan tanya "pukul berapa idah balik..."
Bukan sekali call... kadang-kadang 5-6 kali tanya... bila nak balik... Itu lah agaknya sikap sesiapa pun kalau dah sakit dan ditinggalkan sendirian.
Sesekali ada juga Abg Z marahkan anak-anak. Ada-ada saja yang ditegurnya anak-anak sampai berperang mulut.. Memang payah bagi saya menjaga anak-anak pada masa yang sama menjaga hati abg Z yang selalu terguris.
Rutin hidup seharian saya secara kasarnya :
5.30 am : Kejutkan abg Z untuk solat Subuh. Sebelum solat saya akan bawa keperluan abg Z untuk gosok gigi. Bekas air, air dan berus gigi. Dah selesai gosok gigi, abg Z diberi 4 jenis ubat iaitu ubat kencing manis, darah tinggi, tahan muntah dan ubat gastrik.
Azan Subuh : Tanggungjawab sesama Islam...abg Z saya ambilkan wudu' dengan 'spray' ke bahagian wudu' yang wajib - muka, tangan, dahi dan kaki menggunakan sarung tangan. Sementara dia menunaikan solat, saya juga solat subuh di sebelahnya.
6.00 am : Selepas 30 minit makan ubat, abg Z akan diberi susu yang dimasukkan melalui tiub di hidung. Biasanya susu Alpha Lipid. Diikuti air titisan CELLFOOD (10 titik). Adakalanya abg Z minta milo untuk minum melalui mulutnya. Makan??? Dah lama Abg Z tak menjamah apa-apa makanan. Kalau ada pun semulut / secubit jer... Berat badannya pun turun 30 kilo.. (dari 84kg turun ke 54 Kg)
1.00 pm - Abg Z diberi susu kali ke 2. Adakalanya saya masukkan juga makanan tambahan lain seperti madu, glukos , air Pruns dan Xango. Jika Abg Z saya dapati lama tak IWK..saya akan masukkan ubat cairkan T. Atau beri ubat untuk IWK. Setakat hari ini Abg Z tak dapat IWK tanpa bantuan ubat. Saya perlu memantau perkembangan Abg Z supaya dia selesa. Masalah Abg Z sedu dah semakin kurang. Sesekali tu ada juga sedunya berpanjangan sehingga 9-10 jam. Memang kesian mendengarnya.
Malam : Susu diberi kali ke 3. Sebelum tidur, abg Z diberi ubat doktor.
- Malam biasanya abg Z tidur lena sehingga pagi.
Urusan pindah ke SP juga saya yang terpaksa lakukan sendirian. Rumah yang kami diami sekarang terpaksa dijual kerana saya sendiri tak sanggup menguruskan sewaan dan penyelenggaraan apabila saya di Kedah nanti. Abg Z? Dia pun setuju rumah dijual kerana tak mahu menyusahkan saya di kemudian hari. Alhamdulillah urusan jual rumah dapat saya lakukan dengan bantuan Puan Faizah lawyer yang juga teman saya. Pembeli rumah ini, En Azhari juga menyenangkan saya dalam urusan jual beli. Insyallah dalam 5-6 bulan segalanya akan selesai. Sementara mendapat hasil jualan rumah, saya terpaksa membuat pinjaman Bank Rakyat bagi menampung perbelanjaan pindah dan membeli berang-barang yang diperlukan di Kedah kelak. Banyak juga belanja yang terpaksa dikeluarkan termasuk RM 5,200 untuk mendapatkan seorang pembantu rumah yang akan menjaga Abg Z dan menguruskan rumah kami kelak.
Yang saya hairan.... ada juga manusia yang boleh hidup senang di atas kesusahan yang dialami oleh orang lain. Bukannya nak membantu sebaliknya membuat pelbagai tohmahan. Inilah dugaan hidup sebenarnya dan mengajar saya bahawa manusia tidak boleh dinilai dari rupa paras dan kedudukan sahaja. Hati yang tulus ikhlas juga mencerminkan keperibadian seseorang. Bagi yang makan cili dan terasa pedasnya... fikirlah sama kesusahan yang saya alami. Memang benar rezeki saya agak murah.. tapi dengan keperluan semasa... agak kering juga jadinya.
ok la... Abg Z perlukan khidmat IWK saya... masih lagi IWK dalam lampin pakai buang.
2 comments:
Semoga anda tabah menghadapi segala dugaan,....
kgu..sy sangat sedih bile membaca coretan cikgu..maaf kerana sblm ni sy xtaw keadaan ckgu sekeluaga..banyak kan bersabar dan berdoa..moga suatu hari nnt ade sinar harapan yang kita cari selama ini..sampai kan salam saya buat suami serta anak2 cikgu..akhir kata wassalam
Post a Comment