Friday, November 28, 2008

FISIOTERAPI AKHIR DI HOSPITAL SERDANG DAN KAK PAH DI KAJANG

HAHA... MACAM NAK NAIK ROKET SOYUZ JE...
KAYUH LAJU LAJU LA BAPAK......
HAPPY BIRTHDAY ADILAH..KE 21. KEK SECRET RESEPI...
3 BERADIK - KAK MUZLIFAH, KAK KARTINA DAN SAYA (PALING TEMBAM.. LEBIH MAKAN)
13 TAHUN DI PERANTAUAN.. KEMBALI MAKAN TOSEY....
Assalamualaikum....
24 hb November 2008 adalah hari appointment Abg Z di hospital Serdang. Nabila menemankan saya dan abg Z. Kak Pah pun sampai dari USA hari yang sama, iaitu petangnya. Sedang santai-santai di rumah, Kak Pah telefon dari KLIA. Ishhh sampai awal rupanya dari yang dijangkakan. Cepat-cepat siap dan kejar ke KLIA dengan NAbila juga.
25hb November 2008, pagi-pagi lagi saya dan Kak Pah menguruskan beberapa perkara berkaitan Kak Pah. Kami ke LUTH (Tabung Haji) untuk mengeluarkan wang tabungan Kak Pah bagi kegunaan dia di Malaysia. Kemudian ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk urusan MyKad Kak Pah. Entah macamana tampat kelahiran Kak Pah yang sepatutnya di Kedah tersilap catat di Pulau Pinang pulak.... Kesilapan teknikal. Tapi urusan Pindahan Butiran MyKad berjalan lancar, cuma masa untuk menyelesaikan masalah tersebut agak tidak logik kerana memakan masa 7 hari bekerja.
26hb Nov November - Emak Abg Wahi (mertua KAk Pah) datang. Nasib baiklah kami masak agak awal dan dapatlah jamu makan tengahari. Saya tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Serdang berjumpa Doktor Surgeon (Pembedahan Am) untuk mengambil Referal Letter yang akan di bawa ke Hospital Sungai Petani. Penat juga sebab semuanya terpaksa diuruskan sendirian. Balik dari hospital Serdang singgah ke KWSP dan agen Cellfood.
27hb Nov 2009 - Pagi - Menguruskan surat pertukaran anak-anak ke sekolah di Sungai Petani. Berjumpa Pengetua SMK Saujana Impian dan berbual mengenai anaknya Anis yang tuisyen dengan saya.
Petang - Ke Kota Sri Damansara bersama Kak Pah. Birthday Adilah. Kak Pah ditinggalkan di rumah Kak Na. Balik - Jalan jam gileerrrrrrr...... Fuuhhh.. bertiga dengan Najib dan Nabila yang lena... (Zakwan tak ikut - jaga bapak dia)
Malam - Dapat panggilan telefon dari Puan Rashidah dari Kementerian Pelajaran minta hadir ke mesyuarat di Bahagian Pengajian Tinggi di Putrajaya ESOK.. aduh... ingat cuti tak ada ler.. meeting.
29hb November 2009 - Jam 9.30 saya sudah sampai ke Blok E9 KPM Putrajaya. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Semak Semula Kurikulum Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah. (STEERING COMMITTEE). Semua big big shot yg hadir. Terasa begitu kerdil diri ini dikelilingi org2 besar.. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil daripada MIA, MICPA, ACCA, LCCI, CIMA, wakil-wakil Universiti (UiTM, UUM, USM, UUM, UPM dan lain-lain) juga wakil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan dan ada lagi lah... Saya dipanggil mewakili guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Tapi alhamdulillah..saya bercakap mewakili guru dan menyampaikan apa jua hasrat guru dan rintihan guru. Mesyuarat tamat jam 12.20 tengahari. Lupa pula... Dr. Arpah juga ada sama. Tapi bila org komen pasal AssetBase..dia cabut keluar !!
Wassalam.

Tuesday, November 25, 2008

KITCHEN CABINET RUMAH SG PETANI


SALAM
22HB LEPAS SAYA BALIK KE SG PETANI KEDAH DENGAN ZAKWAN UNTUK MENGURUSKAN BEBERAPA HAL TERMASUK MENEMPAH KITCHEN CABINET RUMAH DI SG PETANI. INI LAH HASIL DRAF HIASAN DALAMAN OLEH PEREKA KAMI.. MR BILLY.

KAMI AKAN BERPINDAH PADA 15HB DISEMBER 2008 IAITU HARI ISNIN. KEPADA TEMAN-TEMAN YANG ADA KELAPANGAN DATANGLAH KE RUMAH MEMBERI BANTUAN KEPADA KAMI. PADA HARI TERSEBUT LORI AKAN MENGANGKAT BARANG DALAM PUKUL 10 PAGI. KALAU SEMUANYA BERJALAN LANCAR KAMI AKAN BERGERAK JAM 12 TENGAHARI. ADA SEDIKIT JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN.

SEKIAN INFO TERKINI.

RAFIDAH MENULIS..

Thursday, November 20, 2008

RANGKULAN SEMINGGU

Sempat melawak dengan Zakwan. Cubit pipi zakwan yang montel.
Makan Pizza di Pizza Hut Kajang - Tesco
Tak dapat buat kolonoscope..tapi makan dapat jugak. Bubur dan ikan cencaru masak kicap. Sayur dan buah betik.
Sementara tunggu drip air, sempat baca surat khabar - spec saya.


13 hb Nov - Bermula jam 7 petang Z diberi Ubat Fleet untuk membuang najis yang ada di usus bagi tujuan kolonoscope esoknya jam 8.30 am. Sunguh luar biasa keluaran T tetapi semuanya cair/cirit sehingga terkeluar dari pampers (sedih lagi tilam Terapi Zhulian pun kena... banyak pulak tu.. (jangan marah mak...)

14 hb Nov - Saya ditemani Najib membawa Abg Z ke hospital untuk kolonoskop. Apabila giliran Abg Z, saya bantu misi tolak abg Z ke bilik scope. Tapi malangnya acope tak dapat dijalankan kerana kata doc, masih banyak T keras terkumpul di dubur/usus besar. Adduhhh.... tak cukupkah 4 kali Abg Z membuang semalam dan penuh cadar, t-shirt yang di pakai.... hingga tidur ku korbankan... Memandangkan scope tak dapat dijalankan, saya mengambil kesempatan meminta doc tambahkan air ke badannya (2 pain). Selepas tu saya minta doc masukkan semula tiub hidungnya kerana tertanggal 2 hari (tak makan la 2 hari).

15 dan 16 Nov : Berehat di rumah sahaja. Masak untuk anak-anak Nasi Minyak dengan Ayam masak merah dan dalca (simple tapi menyelerakan).

17 Nov : Ke Hospital Serdang berseorangan untuk lanjutkan mc abg Z. Malangnya doc tak ada (belum masuk sebab awal sgt). Saya pun ambil keputusan untuk pulang dahulu dan datang semula selepas urusan bayar cukai pintu dan Cukai Tanah selesai. Alangkah sedihnya bila nak start kereta kembara saya... enjin tak mau jalan. SAH lahhh bateri KONG. Sejak 2-3 hari perasan juga susah nak start. DAh lah sorang-sorang.... saya pun bercadang untuk buat JUMPER. Sapaa lah mangsa saya.... Nasib baiklah ada seorang pemandu teksi (India) yang sanggup membantu bila saya minta tolong. Dia pun hairan macamana saya seorang pemandu wanita tahu dan ada simpan wayar jumper di belakang bonet kereta !!!!
Itu lah saya..sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Kalau pun saya tak guna..saya dapat bantu rakan rakan yang memerlukan. Berkat saya selalu membantu rakan-rakan dan sesiapa sahaja..dengan mudah aje ada yang sudi membantu di kala saya susah. Alhamdulillah.
Siap je saya terus balik ke rumah dan tukar kereta Suzuki APV untuk urusan seterusnya.

19 Nov : Abg Z rasa nak makan Pulau Mutiara Char Keowteow... Saya dengan NAbila bawa abg Z gi makan-makan. TApi semulut je masuk!!! Tengah makan, hujan turun, saya pun segera angkat abg Z ke kereta yang di park sebelah kerusi dia duduk.
Kami kemudian ke TESCO. NAbila minta belanja pizza sempena dia dapat UPSR 2A. Abg Z makan semulut (secubit) sahaja.

HAri-hari lain : Mengemas untuk berhijrah ke Kedah.... Selamat Tinggal Kajang yang membawa pelbagai kenangan manis dan pahit...

Wassalam

Tuesday, November 11, 2008

GAMBAR LAMA ABG Z

PUTRAJAYA 2007 - PESTA FLORA...
MAKAN-MAKAN..DULU BERSELERA
NAJIB DAN BAPAKNYA..ABG Z...
KENANGAN TERINDAH
SIHAT SEBELUM SAKIT




Friday, November 07, 2008

Berita Seminggu

Zakwan begi bapak dia makan... depa berebut2 nak cuba.
Window Shopping di JJ
Yellow Zone Hospital Serdang
Feeding time.. mula pakai tiub untuk makan (susu)



5 November 2008 - Jam 11 pagi Zakwan telefon memberitahu bapak muntah keluar warna hitam. Abg Z kemudiannya telefon pulak memberitahu dia muntah hitam (darah beku). Masih di sekolah ketika itu. Berdebar juga. Tapi ini bukan kali pertama Abg Z muntah sedemikian rupa.


Balik dari sekolah, setelah makan dan solat, saya siapkan abg Z untuk ke Hospital. Kali ini saya bersendirian dengan Abg Zak sahaja. Zakwan ke sekolah. Najib dan Nabila dah mula give up dan malas nak tunggu lama di Hospital. Tak apa lah.,.. saya belum give up, insyallah. Dalam perjalanan Abg Z muntah sikit sahaja. Sampai di Kecemasan Hosp Serdang, Abg Z dibantu oleh kakitangan Hospital yang memang bersedia jika ada kes kecemasan. Dia diangkat dan ditolak (wheel chair) oleh kakitangan hospital sementara saya ke parking kereta (jauh gak la..). Dalam tempoh 3 1/2 jam di hospital, doc telah membuat X-Ray dan ujian darah. Sementara itu usaha berhentikan muntah dilakukan dan berjaya. Tiub dimasukkan melalui hidung abg Z untuk memeriksa jika ada perdarahan di dalam perut. (tapi ok je). Sebelum balik, saya meminta doc supaya tak menanggalkan tiub tersebut atas alasan supaya saya boleh memberi makan (susu) atau ubat2 melalui tiub tersebut. Tapi doc menolak atas alasan Abg Z boleh masuk makanan melalui mulut. Tetapi bila saya merayu dan memaklumkan sudah berbincang dengan doktor pakar, barulah doc di situ membenarkan. Saya diajar cara memasukkan makanan melalui tiub. Jam 7.30 sampai ke rumah..penat..



6 November 2008 : Hari ini appointmen Abg Z dengan SOPD (Sergeon). Penat semalam belum habis, kena ulang lagi ke Hospital Serdang. Saya sendirian juga dengan Abg Z. Kami sampai dalam pukul 8.10 am. Ambil nombor dan tunggu giliran. Lama jugak sebelum sampai ke giliran Abg Z. Kali ni doktor bagi ubat kencing manis dan tahan muntah sahaja. Ubat lain masih banyak. Dalam jam 10.30 dah selesai. Singgah kejap ke tempat Fisio buatkan appointmen baru (3hb appointmen fisio saya terlupa - banyak sgt tarikh nak ingat). Singgah kejap di kantin jamu selera (jamu selera saya je la.. abg Z tak ada selera).

9 November 2008 : Ahad pagi... nak bawa abg Z jalan-jalan pagi. Tapi sibuk sangat dengan kerja-kerja rumah, hari pun dah panas. Kesian tengok Abg Z terbaring je, saya ajak dia ke Jaya Jusco. Sebelum keluar bersiar-siar abg Z diberi ubat tahan muntah dulu. Setengah jam kemudian saya beri dia susu Alpha Lipid melalui tiub. Ajak jugak anak-anak ikut. Hanya Nabila je yang nak ikut. Yang lain masih belum dapat menerima hakikat... malu. Lama juga kami ke Jusco. Ada offer. Abg Z saya yang tolak. Boleh dikatakan semua yang lalu sebelah kami akan memandang Abg Z... dengan tiub di hidung.

Sekian dulu.... Wassalam


Sunday, November 02, 2008

Pizza, Gunting Rambut dan tetamu Abg Z

Pizza untuk Abg Z. Tapi makan semulut je.
Bahan-bahan siap untuk buat Pizza.
Ohhh..sedapnyaa.... Yummy Yummy... Pizza Hut pun tak boleh lawan Pizza kami buat sendiri. Tak percaya datang rasa.
Make over Abg Z. Gunting rambut dan trim kat kedai. Sebelum ni saya yang guntingkan.
Khairul datang dengan isterinya selepas Abg Z call dan tanya awat tak mai tengok aku..
Rafidah menulis 2 hb Nov 2008

Saturday, November 01, 2008

SABTU YANG MEMENATKAN

Izat (kiri) dan Din (kanan) escort ke PJ..
Bergambar dengan pelajar selepas memberi ceramah Teknik Menjawab Soalan Prinsip Perakaunan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Setia.

Petangnya... Abg Z lesu lagi... nak duduk pun tak larat. Pergi lah masukkan air kat KPMC.



Assalamualaikum.
Hari ini 1 hb November 2008. Bangun pagi jam 6, solat subuh dan bersiap-siap ke PJ. Semalam (Jumaat) dapat panggilan telefon dari En Rahman meminta saya memberi ceramah di Dewan Sivik MBPJ. Tekejut juga di saat saat hampir ke SPM masih ada jemputan ceramah. Ingat nak tolak je, tapi En Rahman merayu dan tak sampai hati menghampakan permintaan beliau dan anak-anak murid dari kawasan PJ. Sebelum ini dalam 15 ceramah saya tolak dalam bulan Julai/Ogos apabila Abg Z diserang stroke. Demi menjaga Abg Z, ceramah, tuisyen dan semua extra income saya letakkan ke tepi. Tapi saya percaya rezeki ada di mana-mana.

En Rahman minta saya berada di Dewan MBPJ jam 9.30am. Saya bertolak jam 8.30 ditemani 2 pelajar SMKBBSL yang bertugas mengangkat barang.... sekali gus jadi escort saya... he he he... Izat dan Din (anak Cikgu Anisatun). Selepas minum pagi kami sampai ke Dewan Sivik MBPJ (sesat sikit). Tapi jadual agak kelam kabut, giliran saya berceramah dah jadi pukul 11 pulak. Menunggu je la... dalam dewan sambil dengar ceramah Bahasa Inggeris. Abg Z ada telefon saya beberapa kali bertanya khabar saya (dia akan risau jika saya berada di luar - dulu tak kisah pun). Alhamdulillah ceramah saya selesai jam 1 tengahari.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 2 petang. Masak nasi, masak sedikit lauk dan beri anak-anak makan. Penat sangat, terlelap di hujung katil Abg Z. Selepas solat Asar, kelihatan Abg Z sangat tidak bermaya. Nak minum air pun dia tak larat nak bangun. Mata kuyu je.. muka pucat lesi.... cakap pun tak banyak. Sesekali nampak air mata di kelopak mata Abg Z bila saya berbual-bual dengannya. Tak tahu kenapa. Saya pun bersiap dan lap badan abg Z.. tukar bajunya, tukar lampin pakai buang dan start kereta untuk ke Hospital KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) ditemankan Zakwan dan Nabila. Itulah saya.... bersendirian dalam menguruskan Abg Z. Yang tak nampak, hanya komen dan menuduh yang bukan-bukan. Kalau lah mereka yg berada di tempat saya... dapatkah mereka melakukannya???

Doktor menasihatkan Abg Z dimasukkan tiub ke hidung supaya dapat diberi makan melalui tiub terus ke perut, tapi Abg Z menolak pendapat doktor. Nak paksa pun saya tak sampai hati. Dah banyak kali tiub dimasukkan ke hidung Abg Z semenjak dia sakit. 2 pain air dimasukkan ke badan Abg Z dalam masa 2 jam. (RM127.00)

Sewaktu membuat bayaran di kaunter, seorang jururawat yang membantu merawat Abg Z berbual dengan saya. Katanya "Kak... saya sedih tengok suami akak. Nak nangis rasanya. Ni kali ke 2 akak datang bawa suami akak. Akak memang seorang yang tabah.."
katanya sambil memeluk dan menepuk belakang saya.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKULNYA.

Jam 9 malam kami sampai ke rumah. Abg Z terus tidur sampai ke saat blog ini ditulis. Penat agaknya dia. Dia minta teh tarik. Saya buatkan tapi tak sempat dia minum, dah lena...

Kepada teman-teman yang memberi respon kepada masalah yang saya keutarakan di tajuk Temujanji 28 Oktober 2008 Hospital Serdang saya ucapkan terima kasih. Juga kepada Paun Habsah yang kebetulan menjadi pembaca blog saya.

Sekian coretan saya. Mengantuk sangat ni.
Wassalam.

2.00 am

Wednesday, October 29, 2008

PROGRAM BUMI HIJAU SMKBBSL

Aduhh... tangan sapa tu... Janji ada gambar dgn Hishamuddin dan isteri Marsila.
29hb Oktober 2008 Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau di SMKBBSL.
Pemandangan kawasan tanaman sayur-sayuran. Ada terung, cili, kobis, timun, kangkung, bayam, kailan, sawi, cendawan.. macam-macam lagi lah... Padi pun ada.

Datin Seri Jeanne menanam pokok. Dia memang minat menanam ni.

Kobis tumbuh subur. Macam Cameron Highlands je. Tapi gambar ni diambil di SMKBBSL tau..
Datin Seri Jeanne dan Hishamuddin memetik timun. Suruh petik satu je..dipetiknya lebih dari satu. Malam ni makan buat ulam ye...
Abg Z... minta cucoq petang tadi. Dalam 15 minit siap!!! Just for u. Tapi makan satu bijik je,....




Tuesday, October 28, 2008

Temujanji 28 Oktober 2008 Hospital Serdang

Di hadapan lobi Klinik Pakar Hospital Serdang.
Menunggu..menunggu..menunggu... 3-4 jam di Hospital Serdang.
Terlelap... penat menunggu giliran.


Assalamualaikum,

Hari ini 28 hb Oktober adalah hari appointment Abg Z di SOPD (Surgeon Out Patient Department - Pembedahan Am). Doktor Fatimah yang kami jumpa adalah doktor pakar perut (Gastroenterologi). Setelah dimaklumkan kepada doktor mengenai berat badan Abg Z yang terlalu banyak turun kerana tak lalu makan, beliau mencadangkan agar diadakan kolonoskopi (colonoscopy). Mengikut katanya, endoscopy yang telah dibuat 2 kali sebelum ini tidak menunjukkan ada penyakit lain (ulser/cencer usus). Bagi pesakit biasa yang mengalami sintom tidak lalu makan seperti abg Z biasanya akan ada tanda-tanda kanser usus. Tetapi menurut doktor sekiranya pesakit (spt Abg Z) tidak mengalami masalah tidak lalu makan sebelum diserang stroke, biasanya pesakit tidak akan ada kanser. Tetapi untuk membuat kepastian satu kolonoskopi perlu dilakukan.

Kolonoskopi akan diadakan pada 14hb November depan. Sebelum dilakukan kolonoskopi, satu proses pembersihan usus perlu dilakukan pada 13hb. Proses itu dilakukan dirumah dengan memakan ubat Fleet Phosphor-Soda. Pembuangan air besar akan berlaku selepas 1-2 jam ubat tersebut dimakan (tak tidur malam lah menguruskan IWK - akan berlaku cirit birit).

Selepas berjumpa doktor, kami ke Jabatan Farmasi untuk mengambil ubat. Saya dimaklumkan oleh doktor, ubat yang abg Z dapat berharga RM10 sebiji dan kami dibekalkan sebanyak 60 tablet, bermakna ubat tu je RM600. Nama ubatnya CONTROLOC 40mg - ubat untuk usus/gastrik. Selain ubat tu, saya minta juga ubat/pam yang digunakan untuk merangsangkan berak - APP Enema (for constipation). Abg Z juga diberi Vitamin B Complex yang bertujuan untuk menaikkan nafsu makan. (Bayangkan berapa harga jika rawatan ini dibuat di Hospital Swasta)

Sekian maklumat terkini perubatan Abg Z.

Rafidah menulis.

*** kepada teman2 pembaca blog, apa pendapat anda sekiranya ada cadangan dari pihak tertentu supaya saya berjumpa pakar perut dari sebuah Hospital Swasta lain (yg kosnya tentu tinggi). Perlukah saya mencuba? Atau yakin dgn perubatan pakar yang sedia ada di Hospital Serdang? sms pendapat anda kepada saya. Terima kasih.

Monday, October 27, 2008

Tetamu di cuti Deepavali

Syafinaz yg datang beraya beberapa hari lepas.
Jiran selang 2 rumah, dengan anak Natasya dan Maisarah.

Produk keluaran ANAEDAR. Jumpa Ustaz Wan Akashah sendiri untuk dapatkan maklumat produk. http://www.anaedar.com/qaseh.asp


Tuan Haji Badrul Hisham dan ayah mertua beliau turut sama datang melawat.
(Tn Haji ialah ayah kepada Izah pelajar tuisyen)
Suami Hajah Pn Pon bt Abdul Majid - Tn Haji Ahmad

Hajah Puan Pon bt Abdul Majid (kiri) , Izah dan adiknya.

Hari ini 27hb Oktober 2008 adalah cuti hari Deepavali. Tak sangka pulak, ramai tetamu yang datang beraya sambil melawat Abg Z. Tetamu pertama ialah Mantan Pengetua SMKBBSL iaitu Puan Pon dan suaminya. Diikuti Tuan Haji Badrul Hisham yang datang bersama anaknya Izah dan adik Izah serta bapa mertua Tuan Haji.

Selepas tu, YDP PIBG SMK Perimbun, Tuan Haji Haniff datang bersama isterinya Puan Maria dan anaknya Marlina. Tuan Haji Haniff amat saya kagumi kerana menerajui PIBG SMKP selama 14 tahun dan pernah dianugerahkan YDP PIBG terbaik Selangor (betul ke Marlina?).

Tetamu berikutnya ialah kawan lama Abg Z En. Sulaiman dari Putrajaya bersama isteri Liza dan 3 anak mereka. Ini pun kawan lama sejak bujang lagi. Mereka menyewa di Kg Baru KL.

Hari Sabtu lepas pun tak kurang tetamu yang datang. Abg Azim dari S'pore dan Kak Lydia, Kak Na dan anak-anak dari Kota Damansara, Ashnor kawan ofis Abg Z , Kak Rashidah dari Sg Sekamat dan jiran dekat rumah Ina dan keluarga.

Alhamdulillah dengan kedatangan tetamu menceriakan kami sekeluarga dan menggembirakan Abg Z kerana masih ada yang sudi menziarah Abg Z. Abg Z sekarang suka berbual dengan tetamu dan perkataannya pun jelas keluar berbanding hari pertama diserang stroke.

Sekian, Wassalam.
27hb Okt 2008
11 malam.

Macam ni lah kalau nak menyumbang





Tandas diubahsuai oleh Abg Azim





Xango sponsored by Tuan Hj Badrul
Terima kasih kepada yang sponsored pelbagai supplement dan barangan sepanjang abg Z sakit:
Mak - Tilam Terapi Zhulian
Puan Milah - 6 botol Vitamin Yusana
Shihah - 1 botol Intra
Sumbangan Kewangan - Guru-guru SMKBBSL
- Kakitangan Ofis Abg Z
- Jiran-jiran
- Kawan-kawan lama
- ramai lagi individu
TERIMA KASIH SEMUA.
Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmatNya.
Bagi yang ingin menyumbangkan derma, bolehlah didepositkan terus ke akaun MAYBANK atas nama Muhammad Zakwan bin Zakaria : 112820003016
Sekian dari kami :
Zakaria dan Rafidah.

Sunday, October 26, 2008

Curahan Hati

Salam,
Amat payah untuk diucapkan. Bila abg Z sakit, memang tak dinafikan ramai yang perihatin. Bantuan demi bantuan diterima. Tapi ada juga yang hanya bercakap pandai tapi tak ada tindakan atau pertolongan dihulur sebaliknya memberi tekanan kepada saya sendiri. Kalau lah seribu cadangan diberikan untuk berubat, perlukah saya memilih seribu doktor atau tabib atau ustaz atau sing seh yang dicadangkan?? Papatah menyatakan, ukur baju di badan sendiri (atau tengok poket)... Kalau dah melibatkan pakar yang terbaik sekali pun, ukuran baju sempit, payah jugak lah...

Bukan tak ada usaha dibuat. Saya buat yang termampu. Memang benar semua penyakit ada ubatnya. Sejak dari hari pertama abg Z sakit, bukan sedikit usaha saya untuk memulihkan abg Z. Itu lah masalahnya kalau tak mengikuti perkembangan semasa. Blog ditulis untuk memaklumkan apa yang telah dibuat. Zaman IT... tapi ada juga yang berpelajaran tinggi dan berpangkat serta dikenali yang buta IT. Apa yang saya usahakan dipaparkan semuanya. Tapi ada jugak yang tergamak datang spot check di rumah samada abg Z diuruskan atau tidak.. Abg Z tak makan bukan kerana saya tak nak bagi makan... kalau tak percaya datanglah buat UJIAN SUAP.

Kepada sesiapa yang makan cili dan terasa pedasnya, bayangkan anda berada di tempat saya. Menguruskan suami yang sakit, bekerja dan menguruskan rumah dan anak-anak.. sanggupkah anda sendiri melakukannya???? Usah dikira bertong air mata mengalir. Tetapi terpaksa harungi dengan penuh ketabahan. Saya buat yang terbaik dan termampu. Jika rasa tak puas hati, datanglah... bersama-sama jaga abg Z. Mandikan dia, uruskan IWK dia, tadah muntahnya, urut dia, bawa dia ke Hospital setiap kali ada appointment, temankan tidur malamnya...

Hanya saya, Abg Z dan anak-anak sahaja tahu betapa berbezanya kehidupan ini setelah kami diduga oleh Allah. Di sebalik apa yang terjadi, hanya saya dan Allah sahaja mengetahuinya. Jangan mudah menuding jari. Jangan tanya apa yang saya buat kepada abg Z... tetapi tanya lah apa yang anda telah buat untuk Abg Z. Setakat berkata-kata dan mencadangkan itu dan ini tanpa tindakan.... baik berdiam diri. Jangan menyakitkan hati orang lain. Cukuplah apa yang telah saya alami sekarang. Jangan ditambah stress.

Maaf kalau tersinggung. Terima kasih kepada yang menyokong saya.

1.52am 27 Okt 2008

JALAN-JALAN DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Zak diturunkan dari kereta ke wheel chair
Gunakan keistimewaan tempat parking. Kami dah ada stiker OKU- Hospital Serdang beri.

Masjid Putrajaya
Di Alamanda
Semua menjamu selera.. tapi abg Z tak ada pun selera.
Assalamualaikum,
25hb Okt 2008 Abg Azim dan isteri Kakak Lydia datang melawat kami. Seperti biasa, abg Azim memang tak senang tengok abg Zak asyik terlantar di katil. Pagi 26hb, saya, abg Z, Abg Azim dan Kak Lydia mengambil angin pagi jalan-jalan ke kedai makan berhampiran rumah untuk pekena roti canai dan teh tarik. Seperti biasa, ramai yang datang menegur kami dan bertanya khabar abg Z.
Kemudiannya Abg Azim ajak keluar berjalan-jalan. Saya mencadangkan ke Putrajaya. Destinasi pertama kami ialah Alamanda. Wah... pertama kali dapat park kat tempat OKU. Tak perlu berebut mencari parking. Stiker OKU saya dapatkan dari Hospital Serdang. Selepas meronda-ronda Alamanda, kami ke Masjid Putra. Seperti biasa pelancong asing tetap ramai.
Sekian. Wassalam.

Thursday, October 16, 2008

FISIOTERAPI DAN RED ZONE

Katil didirikan... Abg Zak diikat. Terapi Berdiri la kot...
Abg Zak di katil wad kecemasan Red Zone Hospital Serdang

Assalamualaikum semua pambaca blog,
15 hb Oktober 2008 yang lepas ialah tarikh temujanji abg Z dengan pakar fisiologi. Jam 2 saya, Zakwan dan Nabila bergerak dari rumah untuk latihan fisio abg Z. Keadaan abg Z nampak lemah jugak la sebab tak mau makan. Latihan pertama ialah berjalan memegang railing kiri dan kanan. Selepas 2 kali pusingan, abg Z dah tak larat nak teruskan latihan. Kemudian Ira (pakar fisio) membawa abg Z ke satu katil dan abg Z diikat ke katil tersebut (pada mulanya saya pun tak tau katil tu boleh diangkat/ditegakkan). Lihat gambar : abg Z didirikan dan diminta bertahan seketika. Waktu tu la.. abg Z nampak sangat tak bermaya. Tapi bila ditanya, dia akan kata "ok" (dengan angguk je).
Setelah 2-3 minit, saya nampak tangan kanan Z seolah-olah menggengam erat jari2nya.. saya pun menghampiri abg Z dan memegang telapak tangan dan jari-jarinya. Ternyata keras dan susah nak meleraikan genggamannya. Petugas di situ pun agak panik dan segera menurunkan abg Z. Nampak pucat wajah dan jari-jari kaki abg Z. Latihan fisio ditangguhkan dan pakar fisio mencadangkan agar kami segera ke ED (Emergency Departmen). Setelah Abg Z diberi minum air manis (Hypo), saya dan anak-anak menolak wheel chairnya menuju ke ED pula.
Di ED abg Z segera dimasukkan berjumpa doktor. kemudiannya dimasukkan ke Red Zone (zon kritikal dan perlukan rawatan segera).
Abg Z dimasukkan 3 pain air dan ujian darah serta air kencing juga dibuat. Abg z didapati ada kencing kotor. Lama jugak kami berada di Hospital Serdang. Dari jam 2 kami keluar, kami menjejak kaki semula ke rumah jam 9.30 malam.
Hari yang memenatkan... Alhamdulillah Abg Z okey je.. Doc tetap nasihatkan abg Z supaya makan.
Sekian, Wassalam.