Friday, September 21, 2012
RAYA 2012
Sunday, January 29, 2012
PENGHIJRAHAN NABILA



Monday, November 28, 2011
BERCUTI HUJUNG TAHUN 2011 KE KL / KUANTAN
Friday, November 04, 2011
TU DIA..HERO-HERO....
LANGKAWI 2011
RAYA 2011
Allyn.. our lovely pet
Thursday, October 27, 2011
Alhamdulillah




Tuesday, May 17, 2011
WAJAH-WAJAH KESAYANGAN KU...

NABILA N ME...
Wajah-wajah yang ku sayangi.. walaupun hari ini aku menerima tamparan yang hebat sekali.. tapi bagiku kekuatan ku ada pada mereka.. ketiga mereka...
Menghadapi kehidupan sebagai ibu tunggal tidak semudah dan seindah yang dilihat dari kaca mata kasar. Kata-kata penghinaan sesekali menjadikan aku lebih tabah... walaupun kalau difikirkan mahu sahaja aku lari dari kemelut masalah ini.. Tapi bila ku fikirkan dengan akal yang waras.. segala masalah tak akan selesai dengan melarikan diri.. aku akan berhadapan dengan apa juga dugaan yang mendatang.
Ya Allah.. jauhkan lah mereka dari memandang rendah padaku.. aku juga ada harga diri..
Maafkan aku jika apa yang berlaku tidak kau senangi..
Saturday, April 16, 2011
April 2011
Setelah sekian lama tidak menulis, diharapkan kali ini saya akan mula menghidupkan kembali blog ini. Itupun setelah beberapa teman dan saudara bertanya apa perkembangan baru kami anak beranak.
Saya kini masih tinggal di rumah mak di Taman Sejati. Setiap pagi hari bekerja saya, Nabila dan Zakwan akan bertolak seawal 6.50 pagi ke sekolah. Najib sementara menunggu panggilan sambung belajar, dia bekerja di sebuah kedai 24 jam iaitu T-Shoopie yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Najib tinggal di Laguna. Bilik Utama di rumah Laguna tidak terlibat dalam pengubahsuaian. Senang bagi Najib berulang alik ke tempat kerjanya.
Zakwan kini dalam tingkatan 4. Nabila pula di tingkatan 3 dan akan mengambil PMR tahun ini.
Saya harap Najib akan berpeluang melanjutkan pelajarannya di IKM bidang MARATIM. Kursus tersebut ditawarkan di IKM Beseri Perlis. Pilihan lain untuk Najib ialah bidang perhotelan dan hospitaliti. Tengok lah mana satu yang dipilihnya nanti.
Sekarang agak payah sedikit mengharungi kehidupan kerana menumpang sementara di rumah mak. Jarak ke sekolah agak jauh. Anak-anak pula boleh dikatakan setiap malam tuisyen di Laguna. Setiap malam kerja saya ialah menghantar, menunggu dan menjemput mereka balik tuisyen. Sementara menanti, saya akan berehat di rumah Laguna. Banyak juga kos minyak yang saya terpaksa tanggung.
Saya? Emmm masih sendirian. setakat ini tiada banyak masalah menguruskan keluarga dan anak-anak kerana sejak dulu pun banyak urusan rumah dan anak-anak saya yang buat. Tiada istilah penat... jemu atau muak.. saya harungi semua dengan tabah.
Sekian dulu coretan saya.
Moga Allah permudahkan setiap urusan saya.
Moga Allah jadikan anak-anak saya anak-anak yang soleh dan solehah.
Moga Allah murahkan rezeki saya anak beranak
Moga Allah kuatkan diri ini dalam mengharungi apa jua onak dan duri
Moga Allah memberikan tubuh badan yang sihat kepada saya dan anak-anak.
Amin.
Wassalam.
Friday, December 17, 2010
UNDER RENOVATION
Assalamualaikum semua,Mulai 1 Disember 2010, saya dan anak-anak pindah sementara ke rumah mak saya. gambar menunjukkan arah belakang rumah. Dapur akan dibesarkan menggunakan semua ruang yang ada. 2 bilik atas juga terlibat. Dijangkakan rumah siap dalam bulan 4, insyallah.
Syok jugak dok rumah mak. sementara ni dapatlah temankan mak yang memang sorang-sorang ..
Internet juga dipindahkan ke rumah mak..
Kalau ada masa lapang.. bukalah blog Nabila yg diubah suai:
http://nabilazakaria.blogspot.com/
Wassalam...
Thursday, November 18, 2010
Raya Aidil Adha
Buat semua teman-teman pembaca blog diarizakwan,
Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya aidil Adha.
sekian dari saya dan anak-anak.
Selamat menempuh SPM buat Najib.
Wassalam.
Wednesday, September 01, 2010
2 SEPTEMBER 2009 - 2 SEPTEMBER 2010
Kasihnya bapa : abg Z datang meraikan Father's day.... Tapi kek ada juga tulis Mother's day... Two in One laaa...
Assalamualaikum buat semua teman-teman pembaca blog diarizakwan.
Hari ini tanggal 2 September 2010, cukup setahun tarikh perceraian saya dan abg Z. Maaf kerana tiada satu pun tulisan saya menyentuh mengenai perkara ini. Bukan tidak mahu mengumumkan, hanya terasa terlalu drastik kalau diuar-uarkan setahun yang lalu. Cuma pada ketika ini rasanya sudah ramai sedia maklum tentang status hubungan kami berdua. Ada yang tahu melalui facebook, dan ada yang tahu melalui saya sendiri terutama kawan-kawan di SMKBBSL. Walaupun kejadian yang berlaku agak pahit tetapi kalau itu jalan terbaik buat kami, maka kami berdua redha.
Insyallah walaupun kami dah berpisah secara sah, hubungan kami anak-beranak masih baik dengan abg Z. Gambar yang dipaparkan semuanya selepas perceraian. Kalau teman-teman buka ke blog Oktober tahun 2009 (http://diarizakwan.blogspot.com/2009_10_01_archive.html) post yang menceritakan abg Z masuk wad, ketika itu kami sudah pun bercerai, namum atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya tetap melawat abg Z dan meminta anak sulung kami Najib untuk menemankan Abg z di hospital malam pertama itu. Begitu juga Hari Raya tahun lepas, kali pertama anak-anak beraya tanpa abg Z di hari raya pertama, namun saya tetap menemukan mereka pada hari raya ke 3.
Raya kali ini, raya ke 2 bagi anak-anak tanpa abg Z. Namun Alhamdulillah anak-anak faham apa yang berlaku antara saya dan abg Z dan mereka dari awal tidak mengalami sebarang masalah emosi. Hubungan mereka dgn abg Z tetap baik walaupun tidak serumah. Sesekali abg Z akan datang SP membawa mereka keluar makan-makan di luar. Sesekali juga saya akan hantar mereka ke ASetar duduk dengan abg Z. Hubungan dengan keluarga abg Z masih mesra seperti dahulu. Bekas mak mertua saya tetap melayan saya dengan baik bila kami berkunjung ke rumahnya. Abg Z tidak lagi tinggal dengan bekas mak mertua sejak abg Z mendirikan rumahtangga dengan isteri barunya Kak Kamariah (30 Mac 2010). Untuk maklumat semua, abg Z bertugas di JKR Kubang Pasu, Jitra. Alhamdulillah Abg Z sudah boleh memandu kereta dan berulang alik dari A.Setar ke Jitra setiap hari bekerja. Dia gembira bertugas di sana.
Kepada teman-teman, apa pun yang terjadi kepada saya dan abg Z, saya tetap menghargai jasa teman-teman sepanjang kami tinggal di Kajang. Kepada rakan sekerja Abg Z di Cawangan Pendidikan JKR… terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa bertanya khabar kami. Maafkan kami kerana membiarkan teman-teman tertanya-tanya. Semoga dengan pengakuan ini, teman-teman akan lebih memahami dan tidak menyangka sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah menentukan semuanya. Tidak ada sesiapa pun yang mendirikan rumahtanggan yang mengharapkan penghujungnya berakhir dengan perpisahan.
Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog, teman-teman SMK BB Sg Long, SMK Perimbun, teman-teman guru Hulu Langat yang masih mengenali saya, jiran-jiran di Taman kantan Permai, Kajang, Kakitangan JKR Cawangan Bangunan dan Cawangan Pendidikan, Guru-guru SMK Merbok dan sesiapa sahaja yang masih setia membaca blog kami.
Saya memohon maaf juga bagi pihak abg Z jika ada yang tersilap kata sepanjang perkenalan kita semua. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. dalam apa jua pekerjaan kita.
Wassalam.
Monday, August 09, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Mak belanja Nandos'
Capucino
Tapi lawaknya... bill yang dibayar hanya RM172... emm betoi ke ni...
Rupa-rupanya RM172 tu hanya meja pertama... Meja ke 2 tak ada bill...
Waktu di surau tetiba waiter NANDOS datang cari kami dan dia minta maaf sebab bill yang diberi tak cukup amaun nya.... tambah lagi RM134...
Ha ha... nasib baik time bayar kali pertama sempat saya tanya cashier tu kat mana surau... so depa tau la kami menuju ke surau.... cari sampai ke surau untuk RM134...
THANKS MAK... Lain kali belanja lagi...
